Assalamualaikum,
Selamat sejahtera dan selamat hari guru kepada para sahabat, rakan-rakan dan guru-guru di Malaysia. Semoga kita semua dirahmati Allah dengan kemurahan dan kasih sayangNya. Mungkin kerana sudah lama ana habis belajar dan menuntut ilmu, kemeriahan jasa guru semakin kurang dirasai. Namun penghargaan dan jasa mereka dalam mendidik ana dan sahabat-sahabat yang lain tetap dalam ingatan, semoga jasa mereka sentiasa kita titipkan dalam ucapan doa kita untuk memohon keampunan dan rahmat dari Allah SWT. Bukannya senang untuk bergelar guru, kerana mereka perlu mempunyai persediaan ilmu dan mantap dari segi fizikal dan rohani sebelum boleh berbakti kepada para muridnya. Pengorbanan dari segi wang dan masa diperlukan untuk memiliki ilmu tersebut, dan pengorbanan yang tinggi juga perlu dititipkan untuk mencurahkan ilmunya kepada orang lain.
Bagi ana, guru ini tidak terbatas kepada orang-orang yang mengajar di sekolah, kolej dan universiti sahaja. Malah dalam institusi kekeluargaan memerlukan seorang guru dalam mendidik ahli-ahlinya agar menjadi manusia yang bermanfaat. Seandainya si bapa dipertanggungjawabkan dengan mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri-isteri, maka si isteri pula menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik anak-anak dengan ilmu kedunian dan akhirat agar benar-benar menjadi manusia yang berguna. Ini termasuklah dalam institusi kemasyarakatan pula, di mana para-para guru, ustaz dan ustazah sewajibnya perlu dihormati dalam menghargai jasa mereka mendidik masyarakat melalui usrah dan kuliah agama di masjid dan surau dan di tempat umum yang lain. Kesimpulannya, individu yang memainkan peranan dalam penyebaran ilmu yang bermanfaat, seharusnya sentiasa dihormati dan ditempatkan di kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, bukan pada hanya 1 hari sahaja mereka diraikan, tetapi mestilah di beri penghormatan pada setiap masa.
Teringat jasa-jasa guru sewaktu ana bersekolah di
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), di mana sekolah yang banyak mengajar ana erti persahabatan dan erti kehidupan. Sememangnya SMSAH banyak memberi jasa dalam persediaan ana dalam menghadapi alam universiti dan matrikulasi. Guru-gurunya amat ana hormati sehingga kini walaupun dulu ana tidak dapat memuaskan hati mereka dengan prestasi dan perangai ana. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru SMSAH kerana hasil didikan mereka ana menjadi manusia yang seperti hari ini. Sememangnya benar bagi ana kata senior2 dahulu bahawa alam persekolahan adalah alam yang paling menyeronokkan dan memberi kesan dalam hidup kita.
Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada
Ummi ana kerana banyak mendidik ana dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat, di mana tanpa jemu-jemu dan berputus asa terhadap karenah dan jasa ana yang seringkali merungkai hatinya. Sesungguhnya Ummi adalah ibu terbaik yang dapat ana miliki dan merupakan satu anugerah Allah yang amat besar sekali. Sesungguhnya jasamu tidak dapat ku balas walaupon ku mendukungmu mengelilingi Kaabah sekalipun. Selamat hari guru ya Ummi kerana Ummi bukan sahaja mendidik anak-anak Ummi sehingga menjadi manusia, malah juga memerah keringat mendidik anak orang lain (Ummi adalah guru di SMK Kota, Kota Bharu). Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada arwah abah ana, kerana memberi ilmu tidak kira walau disedari kami ataupun tidak. Sesungguhnya namamu sentiasa terpahat di hati ini dan iringan doa untukmu yang sentiasa meniti di mulut ini. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang yang soleh yang mendapat nikmat dan pengampunan dariNya.
Sekian sahaja dari ana.
Wassalam.
5 comments:
Salam..
Biasanya kalau blk kg kat Jitra, ana slalu singgah ke SMSAH ziarah spupu tgh bljr kat situ...Suasana sekolahnyanya tenang & kalau cik Taib nk tau,bangunannya msih sama mcm dulu2, tk byk berubah.Papan tnda tu pun msih ada lg.Kalu student nk gi beli brg kprluan, tak pyh ke Alor Star dah skrg ni, hnya pegi ke pekan Jitra je. Pekannya dh jd mcm bandarya,smua dh bleh cari kat situ. alhmdulillah..
Tkenang2 pula kampungku di sana.
Wahai murid yang bijaksana,
Jangan alpa kepada mereka;
Pengorbanan guru tak terharga,
Bersinar ibarat sebutir permata.
' Selamat Menyambut Hari Guru "
Wsalam cik alia,
oo,kampung kat jitra rupanya. Memang seronok kenangan waktu kat sana dahulu, walaupun cuacanya panas kat situ, tapi makanan dan suasananya memang best. Rindu pulak pada kedai mee rebus kat tepi lorong kat pekan Jitra. Ana pon dah lama tak pergi lawat sekolah sana, sudah 5 tahun lebih rasanya. Walaupon beberapa bulan lepas alumni ada buat aktiviti kat sana, tapi ana tak dapat pergi kerana beberapa masalah. Bagus la sepupu cik alia ada kat sana, sekolahnya bagus dan baru dapat pengiktirafan, guru-gurunya pon ramah2 semuanya. Rindunya kat orang2 kat sana,huhu...
Sungguh mulia para guru.. semoga amal baiknya mejadi bekal di akhirat kelak. Amin..
selamat hari guru jugak! semoga lebih tabah dan cekal menghadapi pelajar! :D
Post a Comment