"Perniagaan tanpa perancangan, strategi dan kesungguhan hanya akan memberi KEGAGALAN!" (Dr Irfan Khairi,Jutawan Internet Malaysia)
Assalamualaikum,
Kali ini mari berbicara tentang buku pula. Ana baru sahaja khatam sebuah buku nukilan seorang yang hebat dalam perniagaan dan dunia internet. Penulis tersebut ialah Dr Irfan Khairi (Dr IK) yang terkenal sebagai jutawan muda internet di Malaysia yang mencapai pendapatan RM 1000000 seawal umur 25 tahun. Bukunya adalah kesinambungan dari buku beliau yang bertajuk Nota Jutawan, Nota Motivasi yang telah ana review pada post yang lalu, dan buku ini pula bertajuk Nota Jutawan, Nota Perniagaan.
Andainya dalam buku Nota Motivasi Dr IK banyak berbicara tentang motivasi dan ciri2 yang perlu ada pada seorang usahawan, pada Nota Perniagaan pula Dr IK berbicara tentang bagaimana membina empayar perniagaan milik sendiri yang kukuh. Dalam buku ini dikongsikan berbagai-bagai tip dengan para usahawan dan bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Ditambah pula dengan variasi yang penuh warna warni dan ilustrasi yang menarik membuatkan pembaca tidak kebosanan semasa membaca.
Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian yang memenuhi skop seorang usahawan dalam berniaga. Bab pertama ialah tentang bagaimana Memulakan Perniagaan yang memberi idea yang pelbagai kepada usahawan yang ingin mula berniaga ataupon sebagai senarai semak kepada yang sudah berniaga. Bab kedua pula memberi tip2 yang bernas dan berlainan dari peniaga yang lain tentang cara bagaimana Menambah Pelanggan sebuah perniagaan. Seperti yang diketahui, customer adalah nyawa sebuah perusahaan, tiada gunanya sebesar dan segah mana pon sebuah perniagaan yang ketiadaan pelanggan.
Dalam bab ketiga, Dr IK mengajar pembaca tentang bagaimana Menjalankan Perniagaan dengan betul dan bijaksana. Di sini diceritakan tentang kaedah penetapan harga produk atau servis, ciri2 perniagaan yang di cari2 customer, cara2 promosi yang betul dan bijaksana serta petua-petua menambat hati pelanggan usahawan. Bab keempat pula memberi ilmu kepada pembaca bagaimana Menambahkan Pendapatan sedia ada dalam perniagaan. Ini termasuklah teknik2 yang boleh diaplikasi semasa customer membeli produk, teknik psiko dan juga teknik melaburkan pendapatan.
"Belian berulang daripada pelanggan lepas adalah lebih mudah daripada mendapatkan belian dari pelanggan baru."(Dr Irfan Khairi,Nota Jutawan Nota Perniagaan)
Dengan kadaran harga sebanyak RM 30, ana rasa ilmu yang terdapat di dalam buku ini amat over berbaloi2 kepada usahawan yang masih hijau dan juga kepada usahawan yang sudah berjaya. Jangan takut melabur kepada ilmu yang bermanfaat kerana ganjaran dan bantuannya mungkin adalah penyelamat kepada kehidupan kita.Sekian sahaja dari ana, semoga pembaca mendapat sesuatu dari post kali ini.
Wassalam.
Tips baca buku:Dulu ana ada bicara tentang orang yang sudah berjaya dalam kerjaya mereka menghabiskan sekurang-kurangnya 100 buku dalam bidang mereka, so petua ana luangkanlah masa sekurang2nya 2 jam sehari untuk membaca. 1 jam disiang hari dan 1 jam di malam hari. Mungkin sahabat boleh cilok masa 2 jam tersebut dari kegiatan sahabat yang kurang memberi manfaat. Seperti ana sekarang, siang hari diluangkan waktu 1 jam untuk buku motivasi dan perniagaan (terbaru ialah Langkah Bijak Usahawan Terbilang) dan di mlmnya untuk buku2 berunsur keagamaan (terbaru ialah Beginilah al-Quran Mengajar Kami). Semoga dipermudahkanNya=)
Untuk review buku ini, sila tekan di sini.
Untuk membeli melalui online shop ana, sila klik di sini; www.stormreaders.net/MdTaib
Selenggaraan Rutin Axia G 2017 ke-10
5 months ago
3 comments:
Salam.. tahniah, utk berjaya perlu ada motivasi & semangat seperti anda. Membca jmbtn ilmu. Kena tanamkan minat membaca dlm diri. Err..ada lagi satu pekara yg tuan lupa nak cerita dlm entry tu lah. Jangan lupa baca QURAN...
1 huruf 10 hasanah.
1 hari 1 juz, insyaAllah dlm sebulan dah KHATAM... alhamdulillah.
Semoga Allah bagi KEBAIKAN untuk kita DUNIA AKHIRAT.
Wallahu alam.
Waalaikumussalam cik alia, syukran atas ilmu yang diberikan. semoga dalam kita mengejar ilmu dunia, tidak lupa pula pada ilmu akhirat sebagai bekalan kita, Amin.
Post a Comment