Special Offer!!!

728x90 banner

Pages

Actually ape yang penting dalam mengukur kejayaan sepanjang kite hidup di dunia??
Ramai org kate untuk hidup senang kat dunia perlu ade duit,segala2nya memerlukan duit.adakah tanpa duit kita seorg yg gagal.
Opinion ana,ilmu adalah yang paling penting,tanpa ilmu tiada duit,tanpa ilmu tiada keredhaan dari Allah SWT.
Nak senang kat dunia memerlukan ilmu,nak senang kat akhirat memerlukan ilmu,nak kedua2nya mestilah ada ilmu jua.
So,mari beramai2 menuntut ilmu wahai saudaraku=)

MerEka rakAn, SahabaT dan PeJuAnG

Bertukaran Link Di Sini...

Shopping Di Amazon...

My Sponsor...

Perfume Original dengan Harga Murah!!!

468x60 banner

Mari Belajar Bahasa Syurga

Sunday, May 2, 2010

Penghinaan Terhadap Islam; Bagaimanakah nasibnya nanti?



Assalamualaikum,

Sungguh peristiwa pada hari ini tidak menyenangkan ana, manakan tidaknya, tatkala ana melayari blog2 para sahabat di pagi hari, ana terpaku dengan satu tajuk entry yg ditulis oleh profnotetree. Entry tersebut bertajuk "Gempar..!! penghinaan terhadap islam dan Malaysia..!!". Kerana perasaan ingin tahu,ana membaca sehingga habis entrynya lalu memutarkan klip video yg turut diselitkan. Bercampur gaul perasaan tatkala itu antara marah, sedih dan terhina. Maklumat dari profnotetree menyatakan bahawa video tersebut telah diupload ke you tube pada 1 May yg lepas. Ini menunjukkan ianya sudah tersebar ke serata dunia beberapa hari yang lalu.



Manakan tidaknya, apabila dalam video tersebut secara jelas berorientasikan kutukan dan kejian terhadap agama Islam yang ad-Din ini, turut dipalitkan penghinaan terhadap junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW, peristiwa israk mikraj dan syurga malah backgroundnya dihiaskan dengan gambaran bendera Malaysia dan dengan jelas paparan perkataan 'kafir' di tayangkan. Maaf, tiada dapat ana selitkan videonya di sini lantaran terlalu keji dan jijik isinya, hinanya perkataan2 yg digunakan. Dari situ tidak dapat dibayangkan betapa hitamnya hati si pembuat video tersebut. Malah andaian besar dapat dibuat bahawa ianya dilakukan oleh anak tempatan kerana penggunaan kata2 bahasa melayunya yang fasih dan diselangi dengan musik rap.

Persoalan di sini, apakah motifnya video ini dikeluarkan? Seandainya ia dilakukan oleh orang untuk sekadar berseronok, tiadakah dia tahu bahawa secara automatiknya dia menjadi musuh umat Islam di Malaysia, bukan di sini sahaja, tetapi di serata dunia. Contohnya dapat dilihat pada comment yg di tinggalkan di entry tersebut. Apakah mungkin ianya dilakukan oleh kumpulan tertentu untuk mencetuskan perasaan tidak senang hati di kalangan umat Islam di negara ini? Atau mungkinkah ianya dikeluarkan untuk menguji kesentifan kita sebagai umat Islam di Malaysia yang sememangnya terkenal dengan sikap 'bertolak ansur' dan 'baik hati'?



Setakat ini tiada dapat dijelaskan motif sebenar video tersebut, kerana dengan jelas mempamerkan lambang bendera Malaysia sebagai background dan memaparkan perkataan kafir dan Islam di bawahnya, seolah-olah pengarahnya menempah maut dan mengorek kubur sendiri. Tetapi sepastinya kita mesti mengutuk sekeras2nya perbuatan ini dan mendesak dikenakan hukuman yg seberat-beratnya ke atas tali barutnya. Tiada ana pasti ada hukuman di dunia yang layak dikenakan ke atas laknatullah itu melainkan setimpalnya balasan di akhirat kelak. Dan seandainya ditakdirkan dia diberi hidayah olehNya kelak, maka semoga dia menjadi orang yang bertakwa.

Sekian dari ana,
Wassalam.

6 comments:

meowwmania said...

satu penghinaan yg tdk boleh dimaafkan!

akuvision said...

Islam itu benar dan ianya cara hidup yang sempurna. Tentu ada saja yang berhati busuk dengki tak tentu hala.
Apa yang pasti kita yakin agama Islam yang kita anuti ini benar!.
Jangan lahir islam dan mati kafir, minta dijauhkan.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Assalamualaikum.

Astaghfirullahal azim! Laa haulawalaa quwwata illa billaah.Masih ada lagi makhluk begini? Sgtlah pelik & mnjijikkn serta mmbuatkan org lain trtnya-tanya,bknkah dia seorg lelaki yg sdg menyampaikn 'seruannya' yg disangkakannya 'hak @ benar'itu (nauzubillah), jd kenapa tutup muka? Dia sndiri yg tau knapa dia buat begitu..

Junjungan bsr kita yg dikasihi Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam tlh brsabda: MAN BADALA DIINAHU, FAQTULUUHU. (brgsiapa yg menukar agamanya,maka BUNUHLAH dia!). Itu printah kat dunia,di akhirat nnti kita sndiri pun tak tau balasan mcmna yg Allah nk bg. Yg jd permasalahannya,nk cari dia pon kita tak tau dok kat mana,yg mampu skrg hanya doa drp kita smua spya dia lekas2 bertaubat sblm Allah cabut nyawanya,kerana Allah sntiasa menunggu2 taubat drp hamba2Nya..

Ana juga nk cdgkan kpd pmbaca2 entry cik Taib ni spya apa yg blaku ni tak usah dipanjangkn lg,lbh2 lg tayangan video trsebut. tak perlulah video tu dicopy oleh blogger2 lain.demi mnjaga maruah ISLAM. kerana dikhuatiri akan melemahkan pemikiran & agama bg yg cetek ilmunya serta lemah imannya.. apatah lg utk org bukan Islam yg baru nk berjinak2 dgn agama yg mulia ini...pendekkata, perlu jaga reputasi.

YAKIN serta ingatlah selagi kta berpegang teguh dgn hadis Rasulullah(sunnah nabi) serta Al-Quran sbg sumber rujukan kita, sekali2 kita tidak akan sesat selama-lamanya...?

YaAllah ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami. Berilah HIDAYAT kpd umat di seluruh alam buana ini.serta jadikanlah kami di kalangan org2 yg beriman..amin.

Wallahu alam.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...
This comment has been removed by the author.
archi-sketch said...

apabila islam tdk diamalkan sepenuhnya,maka kurang la rasa kecintaan pd agama yg agung!

farah. pa'in. achik. ain .mOk . said...

hmm..dahsyatnyer..tapi,pain naklah tgk video tu...